Generasi pertama Honda Jazz

Jazz generasi pertama
Juga dikenaliHonda Jazz
Guangzhou-Honda Fit Sport
Pengeluaran2001–2007
2006-2008 (Amerika Utara)
PemasanganGuangzhou, China
Thailand
Jepun
PendahuluHonda Logo
KelasAmerika Utara: Subpadat
Eropah: Supermini
Stail badanhatchback pintu
LayoutFF / 4WD
PlatformKereta Kecil Sejagat Honda; GD1/2/3/4
EnjinL12A i-DSI 1.2 L I4
L13A i-DSI 1.3 L I4
L15A i-DSI 1.5 L I4
L15A VTEC 1.5 L I4
TransmisiManual 5 kelajuan
Automatik 5 kelajuan
CVT / CVT-7
Tapak roda2,450 mm (96.5 in)
Panjang3,845 mm (151.4 in)
157.4 in (4,000 mm) (A.S. & Kanada)
Lebar1,675 mm (65.9 in)
Tinggi1,525 mm (60.0 in)
Berat kering1,084 kg (2,390 lb) untuk model transmisi manual 1.4 L LS
BerkaitHonda Airwave
Honda City

Honda Jazz mula tampil pada Jun 2001 di Jepun, diikuti pengenalannya di Eropah (awal 2002), Australia (lewat 2002), Amerika Selatan (awal 2003), Afrika Selatan dan Asia Tenggara (2003), China (Sep 2004), dan Mexico (lewat 2005).

Model

Terdapat enam varian Jazz dijual di seluruh dunia seperti berikut:

  • GD1: 1.3 L L13A i-DSI 4 sebaris 2WD (Eropah: 1.4L)
  • GD2: 1.3 L L13A i-DSI 4 sebaris 4WD (Jepun sahaja)
  • GD3: 1.5 L L15A 4 sebaris 2WD
  • GD4: 1.5 L L15A VTEC 4 sebaris 2WD (Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico sahaja)
  • GD5: 1.5 L L15A 4 sebaris 4WD (Jepun sahaja)
  • GD6: 1.2 L L12A i-DSI 4 sebaris 2WD (Eropah sahaja)
  • GE3: 1.3 L L13A i-DSI 4 sebaris 2WD (model 2007 Eropah 1.4L. Buatan China)

Aliran kuasa dan pelantar

Bergantung pada kawasan, Jazz dilengkapi sama ada enjin 1.2, 1.3 (disebut di Eropah sebagai model 1.4L), atau 1.5 liter i-DSI, atau enjin 1.5 liter VTEC. Kesemua empat enjin berikut adalah dari keluarga Enjin Honda L. Enjin 8 injap i-DSI (Intelligent Dual and Sequential Ignition; Penyalaan Dua Berjujukan Pintar) menggunakan dua palam pencucuh bagi setiap silinder untuk membakar petrol dengan lebih lengkap untuk penjimatan bahan api yang lebih baik serta kurang pelepasan asap sementara mengekalkan kilasan maksimum pertengahan. Enjin 1.5 L VTEC adalah dari jenis 16 injap biasa yang mempulai keluaran kuasa maksimum pada rpm tinggi.

Dalaman model AS

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan, transmisi automatik 5 kelajuan ataupun CVT, bergantung pada kawasan.

Jazz menggunakan pelantar Kereta Kecil Sejagat Honda yang turut digunakan oleh City (versi sedan bagi Jazz), Airwave (versi kereta estet bagi City), Mobilio, dan Mobilio Spike.

Pengeluaran

Jazz generasi pertama dikilangkan di 5 negara iaitu di Suzuka (Jepun), Sumaré (Brazil), Guangzhou (China), Ayutthaya (Thailand), dan Karawang (Indonesia). Model keluaran Jepun adalah untuk pasaran tempatan, Eropah, beberapa negara Asia, Kanada dan Amerika Syarikat. Model untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Vietnam dikilangkan di Thailand. Kilang di Brazil menghasilkan kereta untuk pasaran Mexico, seluruh Amerika Latin dan Karibia. Model keluaran China dipasarkan di tanah besar China serta produk daripada kilang eksport khas[2] dieksport ke beberapa negara Eropah yang memandu di sebelah kiri, sementara Jazz di Hong Kong diimport dari Jepun. Honda mempertimbangkan untuk mengeluarkan Honda Fit di Amerika Utara hasil pengukuhan Yen Jepun berbanding Dolar Amerika Syarikat.[3]

Rujukan

WikiPedia: Honda Jazz http://www.autoblog.com/2007/07/18/honda-2-000-000... http://www.autobloggreen.com/tag/honda+fit/ http://www.cars.com/go/advice/Story.jsp?section=to... http://www.dispatch.com/live/content/business/stor... http://www.edmunds.com/insideline/do/Drives/FirstD... http://world.honda.com/news/2005/c050624.html http://jalopnik.com/cars/industry-news/us-news--wo... http://www.jbcarpages.com/honda/fit/2008/specs/ http://www.jbcarpages.com/honda/fit/2009/specs/ http://blogs.motortrend.com/6301350/car-of-the-yea...